14 tips untuk dikongsi
14 Tips yang Mesti dilakukan untuk Jadi Pelajar
Luar Biasa Cemerlang.!
Salam Hormat ,
Tahukah Ikram 99% pelajar yang luar biasa hebat bukannya
lahir-lahir terus hebat.Mungkin Adi Putra adalah 1 dalam sejuta.
Yang lain semunya sebab usaha yang betul dan berterusan.
PELAJAR CEMERLANG AKAN...Menggunakan kedua-dua belah otak kanan
& kiri.. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang
kedua-dua belah otak tersebut Merangsang kesemua deria dalam
pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
a) kita ingat 10% apa yang dibaca
b) kita ingat 20% apa yang didengar
c) kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d) kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e) kita ingat 90% setelah dipraktikkan
Jika IKRAM mahu menjadi Luar Biasa
Hebat apa kata ikuti panduan dibawah.
Pastikan IKRAM
1. Belajar secara aktif dengan pen atau pensil ditangan
Pastikan IKRAM
2. Belajar sekurangnya 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)
Pastikan IKRAM
3. Belajar dalam persekitaran kondusif
a) pastikan cahaya adalah terang
b) kurangkan gangguan bunyi
c) tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d) tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e) kerusi dan meja menghadap kiblat
f) jangan lupa untuk senyum
Pastikan IKRAM
4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan
Pastikan IKRAM
5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak
menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota,
ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
Pastikan IKRAM
6. Tahu teknik merangsang memori:
a) memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
b) menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
c) mengingat kembali ( recall )
d) menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )
Pastikan IKRAM
7. Sentiasa awal dan mendahului
a) persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif
pada guru
b) pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
c) belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan
Pastikan IKRAM
8. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru
mengajar walaupun tak faham.Sekurangnya IKRAM tahu tajuk tersebut tak faham.
Pastikan IKRAM
9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.Berdasarkan pemerhatian saya di
Pusat tuisyen,pelajar yang cemerlang akan bersalam dengan guru sebelum pulang,manakala pelajar
lemah biasanya akan terus meluru keluar kelas.IKRAM jenis yang bagaimana? Perkara ini
nampak remeh tapi impaknya tersangatlah besar.
Pastikan IKRAM
10. Mempunyai teknik membaca yang betul
a) duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b) memberikan tumpuan sepenuhnya
c) menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d) menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
Pastikan IKRAM
11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
Pastikan IKRAM
12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan
sebelum menghadapi peperiksaan
Pastikan IKRAM
13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.Jika IKRAM terlalu letih ,tak
perlulah memaksa atau menyindirnya pula.
Pastikan IKRAM
14. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan dirinya( study according to your biological clock).
Kesimpulanya ini merupakan perkara asas yang mesti mana-mana pelajar mahu menjadi cemerlang
lakukan.Cek tengok berapa yang IKRAM lakukan.
Semoga info sebegini bermanfaat kepada anda,ya!
info :
2 comments:
owh thanks untuk tips ini :) insyaallah saya praktikkan hee
sama-sama, semoga kita berjaya
Post a Comment