Tekaan Nujum Pak Belalang

IP

Perli Tu Membuatkan Aku Rasa Bahagia ...

salam ,
korang pernah tak memerli orang ? Tipulah kalau kata tak pernah ..
Tapi kan , perli tu dapat merasakn kita ni 'bahagia' kan ? Mane taknya , bila kita perli orang kita rase satu kepuasan dalam diri .. Dengan perli tu kita dapat membuatkan sesorang yang diperli tu berasa bersalah ... Wah ! , welldone Si Pemerli ! .. Kamu dah berjaya buatkan orang tu rasa bersalah ... Tahniah , tahniah ..

Kadang-kadang , kita pun tak perasan bahawa perkataan yang kita gunakan telah menyentuh perasaan sesorang .. Maaf ye , ni bukan ayat-ayat cinta .. Mungkin kita tak perasan keadaan tersebut , tapi kita boleh mengetahui seseorang itu terasa apabila reaksinya terus berubah .. Ada pernah sekali masuk dalam surat khabar , seorang lelaki bunuh diri akibat tertekan kerana diperli rakannya ... Setiap orang tidak sama had kawalan perasaan mereka ..

Sebagai konklusinya , jangan la kita terlalu 'over' untuk memerli seseorang .. Dengan kepuasan yang kita lakukan itu , kita mungkin akan menyebabkan kematian .. Permainan psikologi amat penting dan responnya amat laju ..

wasalam ...

2 comments:

amira said...

hahah..memang.. puas hati gila! tapi sakit hati plak kalau batang hidung sendiri yang kena

Ikram said...

betul tu ..
tapi kalau over sngt bahaya ..
haha

Link Exchange