Tekaan Nujum Pak Belalang

IP

Bolehkah kita nak puaskan hati semua orang dalam dunia ni ?

salam ,

Ikram sering terfikir-fikir , boleh ke kita nak puaskan hati semua orang dalam dunia ni ? Kalau nak puaskan hati dua tiga orang dalam satu-satu masa , mungkin boleh .. Cuba bayankan kalau ada 20 ke 30 orang .. Dalam satu masa kita kene puaskan hati semua orang tu .. Mustahilkan .. ?

Sebagai contoh , jika kita nak adakan sesuatu event , kita dah tetapkan tarikh then ada yang membantah kerana dia  dan rakan - rakan tak dapat hadir .. Selepas kita pun tukarlah tarikh ke tarikh yang dia dapat hadir .. Pada tarikh itu pula ada orang lain pula yang tak dapat hadir lalu membantah .. Bayangkan jika tarikh terebut ditukar-tukar dan situasi ini mesti akan  berterusankan? .. Akibatnya , mungkin event tersebut tak dapat dijalankan atau terbatal .. Adakah ini yang kita mahukan ?

Bagi pendapat Ikram , jika tarikh tersebut telah ditetapkan , kita tak perlu membantah , tetapi merelakan ..
Bayangkan jika kita membantah , mesti kita menjadi punca keharukan ataupun masalah dalam situasi tersebut .. Walaupun kita tak dapat datang , kita still boleh bekerjasama untuk menolong event tersebut , agar event tersebut berjalan lancar .. Bukannya membantah , merajuk , protes atau seangkatan dengannya dan berdiam diri .. Ikram harap , dengan cetusan idea ni , dapat menyelesaikan semua masalah yang timbul .. Jika ada blogger yang menghadapi masalah ini , harap entry kali ini dapat membantu ..

Wasalam ..

*entry ini tak ada kene mengena dengan orang yang hidup atau telah meninggal dunia

2 comments:

mira_nas said...

hurm.. memang la susah ikram.
sebab itu ada saying
"mengenyangkan dua puluh perut lebih mudah dari menyengangkan dua biji mata.."

Ikram said...

wah ,
memang setuju dengan peribahasa tu ..
Bunyinya pun sedap .. :)

Link Exchange