Tekaan Nujum Pak Belalang

IP

Kegembiraan Kemerdekaan Dalam Kesedihan



korang faham tak apa maksud tajuk tu ?? Sori lah eh , ayat carca marba . Maksud ikram sebenarnya , kita ni dalam kegembiraan untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan - 53 , tetapi terdapat segelintir rakyat asing cuba menimbulkan ketidak senangan hati rakyat Malaysia . rakyat asing yang ikram masukkan ialah rakyat di INDONESIA . Ikram sendiri berasa sedih bila tengok jalur gemilang dipijak , dibakar ,dan sebagainya . Apatah lagi , apabila kedutaan Malaysia dilempar najis . Mereka ini seolah-olah tidak bermoral langsung . Kita sepatutnya berminda kelas pertama dan perkara sebegini tidak berlaku . Ikram selaku rakyat malaysia , membantah segala tindakan 'kotor' sebegini . Cuba 'anda' bayangkan , bendera negara 'anda' dipijak dan tidak dihormati langsung . Adakah 'anda' terfikir semua ni ?? Sedangkan 'anda' menyanjung dan bangga menjadi warganegara tersebut . Kita semua perlu ingat . Allah S.W.T boleh memberi balasan dengan sekelip mata sahaja..Adakah anda masih ingat kejadian tsunami ? gempa bumi ? banjir ? .Semua bencana alam tersebut terjadi akibat angkara manusia sendiri .



Renung-renungkanlah ...

2 comments:

Alessandro said...

Terbakar jiwa dan raga ini menyaksikan bendera negara tercinta diperlakukan sedemikian rupa...

ah chong.. said...

kalau mcm ni la sikap diorang..
mase kene bencana dulu baik tak payah tolong..membazir je duit berjuta2, baik tolong org miskin kat negara sendiri..X0

Link Exchange