Tekaan Nujum Pak Belalang

IP

Fasa Ketiga Ramadhan

Antara sedar dan tidak telah masuk dua puluh hari kita berpuasa Ramadhan,  ini bermakna kita sama-sama  telah melangkaui fasa ke tiga Ramadhan . Fasa pertamanya Rahmah (kasih sayang Allah), kedua Maghfirah (Keampunan Allah) dan fasa ke tiganya ialah ( merdeka dari api neraka). Bulan Ramadhan yang dikenali juga sebagai Jihad menentang hawa nafsu, menjadikan kita semakin cekal dan waspada terhadap tertib, adab, aturcara yang tidak bertentangan dengan syariat Puasa itu sendiri yang dikhuatiri bukan sahaja akan mengurangkan fadhilat puasa bahkan silap-silap akan membatalkan puasa sehari suntuk itu.

Menanti di fasa terakhir Ramadhan ini ialah bebasnya dari api Neraka dalam ertikata setelah melalui dua Fasa Ramadhan, maka di penghujung Ramadhan janji Allah kepada manusia ialah terbebasnya manusia dari api neraka. Terbebasnya manusia dari api neraka ini merupakan hadiah Rabbul Jalil kepada mereka yang bersungguh-sungguh memenuhi Ramadhan dengan keyakinan , kepercayaan, ketelusan dan kesabaran mereka inilah yang akan diampunkan oleh Allah SWT.
 Fasa terakhir Ramadhan ini dianugerahkan oleh Allah SWT dengan malam Lailatul Qadar. Umat Islam akan memperolehi pahala dan keberkatan  amalan dengan melebihi seribu bulan. Walaubagaimanapun ia hanya boleh diraih bagi mereka yang berusaha keras dengan mengikut tertib dan amalan yang telah digariskanpandukan oleh para ahli ibadat dan salafussoleh.
 Untuk mendapatkan kemuliaan dan keagungan malam fasa ketiga dan terakhir Ramadhan ini ialah dengan memperbanyakkan (1) berzikir, (2) bertakbir, (3) bertahlil, (4) berdoa, (5) beriktikaf, (6) bertadarus Al-Quran hingga khatam, (7) beristighfar dan (8) mendirikan Qiamullail.

No comments:

Link Exchange