Tekaan Nujum Pak Belalang

IP

SLOT AKASIA : EPILOG SYURGA CINTA





Akhirnya tamat sudah cerita ILUSI .Walaupun segelintir manusia ada yang mengatakan cerita ILUSI itu tidak logik , bagi aku ceritanya masih boleh diterima oleh akal .okey, tukar topik



Selepas kejayaan drama Adamaya yang diadaptasikan dari filem I’m Not Single, kini drama Epilog Syurga Cinta pula diadaptasikan dari filem Syurga Cinta yang pernah dilakonkan oleh Heliza, Awal Ashaari dan adik Haziq. Untuk drama Epilog Syurga Cinta, watak-watak utama dipegang oleh Zizan Nin (menggantikan watak Awal Ashaari), Fida (watak Heliza) dan adik Mia Sara (watak adik Haziq).
Drama 28 episod yang mengisi slot Akasia di TV3 ini akan disiarkan bermula 2 Ogos jam 6.30 petang setiap Isnin hingga Khamis.

 Sinopsis cerita...


Kisah bermula tentang Irham yang membesar di luar negara sejak umur 12 tahun, kemudian belajar di sana dan membesar di sana telah pulang ke Malaysia untuk bekerja di syarikat bapanya, Tan sri Zakaria.
Irham seorang suka bersosial, hidup cara Barat, dan pandai memikat perempuan telah dicabar oleh kawn kawannya Alex dan Zainal. Mereka telah mencabar Irham supaya memikat gadis bertudung.
Jalan cerita macam filem Syurga Cinta yang dilakonkan oleh Awal dan Heliza je kan..cuma yang ni didramakan.

Perempuan yang jadi mangsa tu ialah Cikgu Syuhada lakonan Fyza. Syuhada ialah anak yatim yang dijaga oleh datuknya.

Dalam cerita ni adik Mia Sara akan jadi adik kepada Zizan Nin. Jadi orang tengah menyatukan cinta dua hati
antara Cikgu Syuhada dan Irham. Dapatkah Irhan memikat hati Syuhada dan pe kesudahan cerita ni..sama sama le tengok nanti.






*semua info daripada encik google






No comments:

Link Exchange