Maksud disebalik Ayat Kursi :- Allah
tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus
mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa
yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi
Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka
dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu
Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan
bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha
Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)
Kaifiatnya :
Sesiapa
yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat
fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau
hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan
syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya
bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan
izin Allah s.w.t.
Mengikut
keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya
setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan
berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta
terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh
Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah, Allah akan
mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu
pengetahuan.
Rasullullah
s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca
ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.
Sabda
baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Mereka
yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta
perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Pengamal
ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada
pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat
pencuri daripada memasuki rumah.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
Jika
anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki
rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah
mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan
batin.
Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan
berada dalam lindungan Allah hingga sholat yang lain.
Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sholat, tidak menegah akan
dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya
ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah
jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sholat Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.
Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan
dan mendoakan baginya.
Barang
siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan
mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang
berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
No comments:
Post a Comment