Tekaan Nujum Pak Belalang

IP

Jom Update Facebook menerusi SMS (MAXIS USER)

Jika sebelum ini Celcom memperkenalkan fungsi mengemaskini Facebook melalui SMS untuk para pelanggan mereka, kini Maxis turut sama memperkenalkan servis mengemaskini akaun Facebook anda melalui SMS, dan menariknya servis yang dikenali sebagai FB2Mobile ini kini adalah percuma sehingga bulan Februari kelak.
Untuk perkhidmatan yang serupa, Celcom mengenakan caj sebanyak RM1 seminggu, sebaliknya Maxis hanya mengenakan caj sebanyak RM2 sebulan. , perkhidmatan SMS Alert disediakan secara percuma. Untuk tidak mengelirukan pengguna, sebarang SMS yang dibalas, masih akan dikenakan caj telco biasa, .
fb2mobile
Contoh Penggunaan FB2Mobile dan GPRS Pada Telefon Bimbit
Perkhidmatan yang masih diperingkat beta ini membolehkan anda dengan mudah mengemaskini status Facebook anda melalui SMS, atau memuat-naik gambar dan imej melalui SMS, selain menerima kemaskini rakan-rakan yang terkini terus ke telefon bimbit anda dengan mudah.
Untuk perkhidmatan ini, Maxis menggunakan kod 23223 (2Face), dan untuk memulakan penggunaannya, anda hanya perlu aktifkan aplikasi Facebook FB2Mobile, dan anda sudah boleh mengawal akaun Facebook anda secara terus dari telefon bimbit anda. Anda juga boleh menetapkan kemaskini yang ingin diterima oleh anda melalui halaman khas pada aplikasi tersebut.

1 comment:

norazli said...

mahal lah maxis, walau pon celcom caj rm1 seminggu tapi takde caj2 lain yg menyusul berbanding maxis huhuhu....

Link Exchange