Tekaan Nujum Pak Belalang

IP

Perjuangan Rachel Corrie Belum Tamat



Rachel Corrie, gadis berusia 23 tahun itu terbunuh pada 2003 apabila cuba menghalang tentera Israel menggunakan jentolak untuk merobohkan rumah rakyat Palestin.

Kes Rachel Corrie telah cuba dilupakan oleh Amerika kerana ia membuatnya serba-salah apabila berhubungan dengan Israel.

Apabila nama Rachel Corrie digunakan untuk kapal kargo di dalam misi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza, seolah-olah roh Rachel Corrie dihidupkan semula untuk terus menentang kezaliman rejim Zionis itu.

Pada masa yang sama, ia turut mengingatkan kembali rakyat dan kerajaan Amerika bahawa pembunuhan Rachel Corrie masih belum terbela. 

Jika kapal Rachel Corrie diserang ataupun diapa-apakan oleh Israel, ia merupakan kali kedua Tel Aviv 'membunuh' Rachel Corrie.

No comments:

Link Exchange