Tekaan Nujum Pak Belalang

IP

Memang best , x baca rugi !

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...



Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir".
Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.
Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik
kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman
gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.



Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai
lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi
begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya
yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada
di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka
sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis
dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada
diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi
pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing
keluar semula.



Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil
bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering
kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh
pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka
ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai
seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang

berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.



Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir
itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh
ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri
Bilik Terakhir itu.



Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar,
seram serta menggigil

ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar
itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.
Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya
ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu
tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,



"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu
bukan kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa
" Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa
... "



udah tuuuuuuuuu........ peeee buat keja......................!




Tahniah kerana minat membaca.

2 comments:

nashue said...

yo...memang lawak..selamba ko jer...

IkramAfiq said...

HAHA ..

Link Exchange